ゲーム攻略動画サイト

ゲームフォース

428~封鎖された渋谷で~の攻略動画

Bapa dipenjara 428 tahun rogol, amang seksual, seks luar tabie dengan anak

投稿日:

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 428 tahun dan 240 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka atas kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal terhadap dua anak kandung serta mengugut bunuh isteri dan anak-anaknya.

Bagaimanapun Hakim Nariman Badruddin menetapkan hukuman penjara terhadap tertuduh berusia 56 tahun itu berjalan serentak secara berperingkat dan menjadikan tempoh pemenjaraan selama 45 tahun selain hanya 24 sebatan maksimum.

Nariman memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan dan mensabitkan tertuduh yang mengekalkan pengakuan bersalah terhadap 28 pertuduhan dibuat di Mahkamah Sesyen semalam, menimbangkan rayuan, fakta kes, keterangan impak mangsa (VIS) dan hujah pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan.

Berdasarkan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan, tertuduh didakwa merogol kedua-dua anaknya kini berusia 19 dan 15 tahun secara berasingan, membabitkan 13 dan lapan kes, masing-masing.

Lelaki itu yang juga penyelia syarikat pemegang pelaburan turut didakwa atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 377CA KK iaitu serangan seksual terhadap mangsa berusia 15 tahun dan berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta sebatan.

Selain itu, bapa lima anak itu turut berdepan satu pertuduhan lain mengikut Seksyen 377B Kanun sama kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama serta satu lagi pertuduhan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal.
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
▪️ Telegram https://t.me/hmetro
▪️ FB http://www.facebook.com/harianmetro
▪️ Twitter http://www.twitter.com/hmetromy
▪️ Instagram http://www.instagram.com/hmetromy
▪️ TikTok http://www.tiktok.com/@hmetromy

-428~封鎖された渋谷で~の攻略動画
-

Copyright© ゲームフォース , 2024 AllRights Reserved.